“Pesawat telah meminta laluan yang bukan laluan kebiasaan sebelum putus hubungan,” kata jurucakap Kementerian Perhubungan, Hadi Mustofa di sini hari ini.

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan lalu lintas udara di Jakarta pada pukul 6.17 pagi waktu tempatan.

Seramai 155 penumpang dan anak kapal terdaftar dalam pesawat Airbus A320-200 itu yang dijangka mendarat di Singapura pada pukul 8.30 pagi.











Sementara itu, ibu pejabat AirAsia di Kuala Lumpur, Malaysia mengumumkan sebuah pasukan pencarian dan penyelamat dibentuk bagi mengesan pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah itu. - UTUSAN ONLINE