Thursday, 25 December 2014

BANJIR 2014 , PADA AKHIR TAHUN : redha dan sabarlah

              Assalamualaikum dan salam sejahtera . Salam Jumaat semua. Pada waktu ni Mr Tornado nak update sikit fasal banjir di Malaysia. Kasihan melihat mereka semua dalam keadaan susah, rumah dinaiki air, tanaman musnah , ada yang meninggal bahkan air sehingga tingkat 3 di bangunan sekolah (tak ingat lah pula) diserang air. Takziah saya ucapkan.

        Allah menghantar musibah kepada yang mampu mengharunginya. Renungkanlah.. Selepas solat Jumaat hari ni, banyak masjid mengadakan solat hajat untuk meredakan banjir. Allahuakbar. Ada hikmahnya. Seperti yang kita tahu, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Kelantan, Terengganu , Pahang, Perlis dan Kedah. Kelantan adalah negeri yang paling ramai mangsa banjir dan menunjukkan negeri tersebut paling teruk dilanda banjir.

       Kepada sesiapa yang ingin salurkan bantuan , Mr Tornado sarankan pilihlah organisasi yang benar-benar layak atau kita tidak meragui kemanakah wang atau sumbangan lain yang diberikan . Doakan mereka, kita perlu bersatu. 

No comments:

Post a Comment