Assalamualaikum dan selamat malam dunia. Malam ni Mr Tornado nak berkongsi sedikit berkenaan JERAWAT .
..........MR TORNADO ni sebenarnya dah lama mempunyai masalah jerawat ni, maklumlah umur dah muda belia remaja.Hihi. Muqaddimah dah selesai. Maaflah tornado tak sertakan dengan gambar untuk buktikannya.Nantilah kalau ada masa Mr Tornado uploadkan. InsyaAllah . Tapi Mr Tornado tak janji tau.
Terus kepada gerak kerja Mr Tornado yang utama iaitu untuk cerita berkenaan rawatan murah untuk jerawat ni.Mr Tornado sebenarnya dah berhabis beratus ringgit untuk mengubati jerawat ni tapi masih tak hilang sepenuhnya sampaikan ada waktu makin teruk merah kulit kering macam udang kena bakar. Allah Maha Menyembuhkan sekarang dah OK, Alhamdulillah. Cerita lagi,, hihi ..
Rawatan yang Mr Tornado buat adalah :
1.Wapkan wajah
Mr Tornado wapkan wajah dengan air yang dididih di dapur kalau boleh DIGALAKKAN untuk MENAMBAH GARAM kedalamnya,ada yang mencadangkan dengan dengan wap nasi.Serkupkan kepala dengan tuala atau kain untuk elak wapnya keluar.Biarkan 10 hingga 15 minit.Apabila menambah garam banyak faedahnya tau, waktu zaman yunani tak silap saya doktor pada waktu itu menggunakan garam untuk merawat asma , hidu wap tu,, nabi kan suka garam, Allah menurunkan garam banyak kegunaannya, sebagai antiseptik ,antitoksin dan banyak lagi. Pori-pori akan mengembang bila diwapkan, lepas tu bolehlah mengeluarkan `blackhead or whitehead` dengan mudahnya. Ada yang mencadangkan lepas picit tu letakkan ubat jerawat. Tapi kalau saya nasihatkan letakkan je air garam ke tempat tu,, antiseptikkan.
2.Jangan picit jerawat
Perbuatan ini akan menambahkan jerawat jika tidak berhati-hati. Kalau nak picit juga pilih yang sudah kering.
3.Rajin menggunakan bedak sejuk
Biarkan 20 hingga 30 minit , lepas tu gosok perlahan-lahan. Mr Tornado tak guna bila nak tidur, sebab bila nak tidur biarkan toksin keluar kat muka , kalua pakai bedak sejuk ianya menghalang toksin tu, minyak atau lembapan semulajadi. Gunalah waktu petang , rajin-rajinlah :)
4.Jangan mencuci Wajah dengan pencuci muka selalu
Kesannya kulit muka akan mengeluarkan minyak berlebihan kerana kesan pencuci tu ianya merangsang pengeluaran minyak berlebihan. Kulit bebas minyak hanya sementara, saya dah cuba berbagai jenis "facial foam".Loreal dan macam-macam lagi. Sekarang Mr Tornado tak guna pencuci muka.
5.Skrub muka dengan gula
Gula akan sebagai elemen eksfoliating kulit kita. Kesannya kulit bertambah licin dan cerah bersinar. Mr Tornado dah cuba sampaikan Mr Tornado minta tolong ayah Mr Tornado belikan gula bila saya duduk jaga nenek. Skrub ni guna 2 atau 3 hari sekali.
6.Doa
Doa adalah senjata mukmin. Doa tidak perlu bayar , percuma . Allah yang beri ujian untuk kita , ujian ada masalah jerawat, INGAT: Allah hanya beri ujian kepada siapa yang mampu , Allah tahu orang yang mampu mengharungi cabaran yang diberikan. Jadi kepada sesiapa yang ada masalah apapun LA TAHZAN. BERGEMBIRALAH , kerana anda insan terpilih.
Sebagai penghias bicara akhir, Mr Tornado nak ucapkan selamat tahun baru masihi kepada semua dan di kesempatan ini saya nak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada yang beragama Islam, Islam the real way of life. Semoga yang ada masalah muka seperti jerawat disembuhkan oleh Allah dan banjir disurutkan segera. Aamien.
No comments:
Post a Comment